Mak nyah dan wanita anak dua ditahan hisap dadah

Mak nyah, ibu dua orang anak ditahan hisap dadah

SEORANG mak nyah (empat dari kiri) dan wanita (kanan) adalah antara 12 orang yang ditahan oleh AADK daerah Kuala Muda dalam Operasi Aduan di Sungai Petani, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang mak nyah dan seorang wanita dalam proses penceraian merupakan antara 12 orang yang ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Kuala Muda dalam Operasi Aduan di sini, semalam. 

Ketua Pegawai AADK daerah itu, Arnida Ishak berkata, mak nyah tersebut berumur 23 tahun ditahan ketika berada bersama dengan seorang lelaki lain dalam satu kawasan perumahan di sini kira-kira pukul 11.30 pagi.

Katanya, wanita itu pula berumur 28 tahun mempunyai dua anak perempuan berusia empat dan enam tahun ditahan kerana menjadikan kawasan rumahnya sebagai tempat penagihan dadah.

“AADK membuat tangkapan tersebut hasil operasi melibatkan lima orang anggotanya diketuai Ku Marul Azwan Ku Mansor bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, beliau menambah, penagih-penagih lain pula ditahan di sekitar Sungai Petani, Sungai Lalang, Bedong, Semeling dan Kuala Muda.

“Kesemua mereka berumur antara 17 hingga 45 tahun dan mereka kemudian dibawa ke Pejabat AADK daerah Kuala Muda untuk siasatan.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya