Liverpool musnah dalam 7 minit - Utusan Malaysia

Liverpool musnah dalam 7 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Leicester City mempamer kebangkitan hebat apabila meledak tiga gol dalam tempoh tujuh minit untuk
memberi kekalahan ketiga berturut-turut buat Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Kekalahan 3-1 di Stadium King Power menyempitkan peluang Reds untuk mempertahankan kejuaraan, malah anak-anak buah Jurgen Klopp juga berdepan laluan sukar untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik liga.

Liverpool menguasai permainan pada 60 minit pertama, malah membuka jaringan menerusi gol cantik Mohamed Salah hasil hantaran Roberto Firmino pada minit ke-67.

Begitupun sepakan bebas James Maddison pada minit ke-78 memulakan kebangkitan Leicester, dan gol penyamaan itu seakan-akan menjatuhkan semangat Reds.

Komunikasi kurang bagus di antara pemain baharu Liverpool, Ozan Kabak dan penjaga gol, Alisson membuka laluan kepada gol kedua The Foxes yang disempurnakan oleh Jamie Vardy pada minit ke-81.

Empat minit berselang, Harvey Barnes melengkapkan gol ketiga Leicester, sekali gus memberi kekalahan paling menyakitkan buat Liverpool.

Kekalahan keenam musim ini boleh menyebabkan Liverpool tersungkur sehingga ke tangga kelapan sekiranya pasukan-pasukan di bawah mereka mengharungi kelebihan perlawanan yang dimiliki dengan kemenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya