Lima kenderaan musnah selepas bengkel kereta terbakar

Lima kenderaan musnah terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran di sebuah bengkel yang memusnahkan lima buah kenderaan di Taman Emas 1, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Lima buah kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di sebuah bengkel di Taman Emas 1, Sri Medan, di sini hari ini.

Komander Operasi PBK II Zakaria Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.28 tengah hari sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dan Yong Peng dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran memusnahkan lima kenderaan jenis kereta, van dan motosikal tetapi tidak melibatkan mangsa.

“Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran air dan dua pancutan air daripada pili pam jentera bomba. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, seramai 13 anggota terlibat dalam operasi itu yang membabitkan sebuah bengkel berstruktur sementara yang berkeluasan 225 kaki persegi.

Dalam pada itu, sebuah rumah teres dua tingkat turut terbakar di Jalan Rotan Tanah, Taman Seri Jaya, di sini pada pukul 4.07 petang.

Komander Operasi PKPgB Saifulle Idris berkata, sebuah jentera FRT, sebuah RRV dan sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Seramai 22 anggota daripada BBP Penggaram dan Ayer Hitam terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran yang memusnahkan lebih 60 peratus daripada keseluruhan rumah itu.

“Kebakaran berlaku di tingkat atas dan punca serta kerugian kejadian itu masih dalam siasatan selain tidak melibatkan mangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya