Khianat potong tali penghadang jalan, pijak kawat besi

Khianat potong tali penghadang jalan, pijak kawat besi di Kampung Kemansur

TALI plastik penghadang dipotong manakala kawat dawai dipijak dalam perbuatan khianat di Kampung Kemansur di Bentong Pahang malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Tali plastik penghadang jalan dan kawat besi yang dipasang di Kampung Kemansur di sini kelmarin bagi memperketatkan kawalan ekoran penularan jangkitan Covid-19 di situ dirosakkan individu tidak bertanggungjawab malam semalam.

Kejadian tersebut menyaksikan tali penghadang yang dipasang di satu laluan keluar di kampung berkenaan dipotong manakala kawat besi dipijak.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat tentang aspek kawalan individu yang dikuarantin di kampung yang mempunyai kira-kira 500 buah rumah berkenaan. 

Ketua Polis daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, kawalan di kampung itu berjalan lancar dan polis sentiasa memastikan keselamatan penduduk. 

“Pihak polis telah maklum tentang perkara itu dan siasatan telah dilakukan yang mana kita akan memastikan ia tidak akan berulang lagi.

“Siasatan awal mendapati berlaku khianat yang mana tali plastik penghadang laluan dipotong dan kawat besi dipijak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin pasukan tentera memasang kawat besi di sekeliling Kampung Kemansur di sini sebagai langkah kawalan selepas terdapat individu yang positif Covid-19 dan dikuarantin di kawasan berkenaan.

Pegawai Daerah, Datuk Mohd. Zulkifi Hashim menjelaskan pemasangan kawat besi berkenaan adalah sebagai langkah kawalan setempat dan bukannya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya