Kapal tangki gagal kemuka dokumen ketibaan di perairan Johor Timur

Kapal tangki gagal kemuka dokumen ketibaan

KAPAL tangki berdaftar di Basseterre ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pemakluman ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia di perairan Johor Timur, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah kapal tangki berdaftar di Basseterre ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tanjung Sedili selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pemakluman ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia. 

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohamad Sulhan Zainon berkata, kapal berkenaan ditahan pada pukul 1.16 petang ketika bersauh di perairan Johor Timur semalam.

“Kapal tangki tersebut ditahan berdasarkan laporan aktiviti tanpa pematuhan daripada Lembaga Pelabuhan Johor oleh kapal ronda Maritim Malaysia di kedudukan 2.5 batu nautika tenggara Tanjung Bulat.  

“Kapal itu dikendalikan tujuh kru warga Indonesia termasuk nakhoda berusia antara 25 hingga 55 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Sulhan berkata, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 449 iaitu gagal memaklumkan ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia. 

Katanya, jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 dan boleh dibaca bersama Kaedah 10(1) Peraturan Pelabuhan Persekutuan 1953 – Report of arrival

“Maritim Malaysia terus komited melaksanakan tugas di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang negara. 

“Pengusaha atau pemilik kapal dinasihatkan untuk memohon kebenaran dari Jabatan Laut Malaysia dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam melaksanakan sebarang aktiviti di perairan negara bagi mengelak tindakan lebih tegas diambil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya