Kampung Sungai Maong di Sarawak pula dikenakan PKPD

Kampung Sungai Maong di Sarawak pula dikenakan PKPD mulai esok

KAMPUNG Sungai Maong dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa pada esok sehingga 2 Mac depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah lagi perkampungan di Sarawak mula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa pada esok sehingga 2 Mac depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan kira-kira 700 penduduk di Kampung Sungai Maong, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kuching.

Pelaksanaan PKPD di lokaliti itu jelas beliau, susulan berlaku peningkatan secara mendadak pesakit positif Covid-19 sebanyak 13 kes yang dikesan dari 12 sehingga 15 Februari lalu.

“Atas penilaian risiko bersama pelbagai agensi, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD bagi memudahkan saringan bersasar dan mengekang jangkitan dalam komuniti,” katanya hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan penamatan PKPD di empat lokaliti secara serentak pada esok masing-masing satu kawasan di Pahang dan Perak serta baki dua lagi di Terengganu.

Antaranya di Kompleks Penjara Bentong dan kuarters kakitangan di Pahang yang sepatutnya berakhir pada 22 Februari ini, namun diawalkan lima hari daripada dijadualkan sebelumnya.

Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 2,497 ujian dan daripada jumlah itu hanya 760 kes positif selain melaporkan trend penurunan serta keadaan penularan berjaya dikawal.

Turut ditamatkan PKPD ialah di Felda Lasah dan Kampung Besi Api, Kuala Kangsar di Perak selepas kementerian itu melakukan 271 ujian dengan cuma tujuh kes positif dilaporkan.

“Tidak ketinggalan ialah di Felda Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu apabila kes positif terakhir direkodkan ialah pada 9 Februari lalu dan tiada lagi sampel baharu,” jelas Ismail Sabri.

Beliau menambah, sebanyak 604 ujian saringan telah pun dibuat pihak kementerian tersebut dengan hanya 21 kes positif pandemik itu yang dilaporkan setakat ini di lokaliti berkenaan.

PKPD juga ujat beliau, ditamatkan di tapak pembinaan Kuarters Tenaga Nasional Berhad di Kuala Berang, Hulu Terengganu mengikut jadual asal yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Ia ekoran kesemua kes positif telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 manakala tiada lagi kes baharu dilaporkan selepas 121 ujian dengan hanya 16 kes dikesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN