JDT raih RM1.6 juta dalam tempoh 4 jam, 30 minit - Utusan Malaysia

JDT raih RM1.6 juta dalam tempoh 4 jam, 30 minit

PENYOKONG JDT sanggup beratur panjang untuk membeli jersi pasukan di Stadium Larkin hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 8,600 jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) habis terjual hanya dalam tempoh empat jam, 30 minit selepas jualan dibuka pukul 11 pagi tadi.

Jualan jersi terbaharu JDT bagi musim 2021 secara dalam talian di JDT Store di laman web kelab dan Shopee merekodkan hasil jualan RM1.6 juta.

Menurut Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, stok jersi akan ditambah dalam beberapa minggu akan datang.

“Dukacita dimaklumkan bahawa peruntukan untuk jualan atas talian kami di JDT Store di laman web kelab dan Shopee telah habis dijual. Kami juga berasa gembira dapat mencatatkan penjualan sebanyak RM1.6 juta.

“Rakan kongsi kami Nike juga akan mula menjual jersi ‘home’ mulai esok tetapi memandangkan sambutan yang begitu luar biasa oleh penyokong JDT, kami menjangkakan jersi-jersi di sana juga akan habis dijual,” kata JDT dalam satu kenyataan hari ini.

Penjualan jersi ‘away’ edisi pemain berwarna putih yang ditanggung sebahagian harganya oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dijual secara eksklusif secara atas talian di JDT Store

Tinjauan Utusan Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin hari ini mendapati ramai penyokong tegar JDT sanggup beratur panjang di bawah cuaca terik bagi mendapatkan jersi terbaharu pasukan bagi musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN