Izzai­niza Zarini siapkan 10,000 biji kuih bakul untuk pelanggan

Orang Melayu semakin gemar, Izzai­niza Zarini siapkan 10,000 biji kuih bakul

IZZAINIZA Zarini Ismail menyiapkan kuih bakul yang ditempah pelanggan yang kebanyakannya dalam kalangan orang Melayu dari seluruh negara di Yan, Kedah semalam. di sini hari ini. -FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Kuih bakul atau lebih dikenali ‘Nian Gao’ merupakan hida­ngan wajib bagi masyarakat Tionghoa pada sambutan Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, kuih tradisio­nal warna keemasan berkilat yang agak kenyal itu kini semakin diminati oleh masyarakat Melayu.

Malah, semakin ramai pembuat kuih bakul itu merupakan dalam kalangan orang Mela­yu dan dijamin halal, namun proses menghasilkan kuih itu masih mengekalkan cara tradisional.

Pembuat kuih bakul, Izzai­niza Zarini Ismail, 46, dari pekan Yan Kecil di sini berkata, dia menerima banyak tempahan kuih bakul menjelang sambutan Tahun Baharu Cina sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, pada tahun ini, dia menerima tempahan le­bih 10,000 biji kuih bakul dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

IZZAINIZA Zarini Ismail (tiga dari kanan) bersama rakan-rakannya menunjukkan kuih bakul yang siap untuk dijual kepada pelanggan. – FOTO/SHAHIR NOORDIN

Katanya, seramai lima orang pekerja sambilan membantunya menyiapkan tempahan kuih tersebut.

“Pada tahun ini, saya mene­rima banyak tempahan daripada peniaga-peniaga dalam talian dan kebanyakan mereka dalam kalangan orang Melayu.

“Kebiasaannya tempahan mula diterima daripada pelbagai kaum sebulan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

“Namun, selepas perayaan tersebut, saya tidak lagi mene­rima tempahan dan membuat kuih bakul,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Izzainiza Zarini memberi­ta­hu, harga kuih bakul yang dijual di pasaran pula ialah antara RM10 hingga RM15 iaitu mengikut saiz.

Menurutnya, dia pada mulanya belajar membuat kuih bakul itu ketika bekerja sambilan membantu kerja-kerja memproses kuih tersebut dengan seorang peniaga Cina di sini lebih enam tahun lalu.

“Sampai sekarang saya masih mendapat tunjuk ajar daripada peniaga Cina itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, dia mengakui terdapat beberapa pantang larang yang perlu di­ikuti ketika memproses kuih bakul supaya lebih sedap dan tahan lama.

“Antara pantang larang tersebut ialah tidak boleh marah dan celupar, sebaliknya perlu perlu menjaga adab ketika membuat kuih bakul,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya