Gagal seludup 4,500 kg daun ketum bernilai RM45,000

Gagal seludup 4,500 kg daun ketum

HASANUDDIN Hassan (tengah) dan Shamsudin Mamat (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas di Baling, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Cubaan seorang lelaki menyeludup sebanyak 4,500 kilogram (kg) daun ketum dari Sik dekat sini ke Kelantan gagal apabila ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Simpang Tiga Jerai, Kupang di sini awal pagi semalam.

Lelaki berusia 39 tahun yang memandu lori jenis Isuzu itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling bersama anggota SJR kira-kira pukul 1 pagi.

Lori tersebut dalam perjalanan dari arah Kupang menghala Gerik, Perak.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pemeriksaan yang dilakukan di bahagian belakang muatan lori yang ditutup dengan kain kanvas menemui 450 bungkusan plastik berwarna hitam dan ungu.

“Setiap bungkusan itu mengandungi ikatan-ikatan daun disyaki daun ketum seberat 4,500 kg yang dianggarkan bernilai RM45,000,” katanya pada sidang akhbar di IPD Baling di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat.

Katanya, suspek dipercayai mengambil upah membawa daun ketum tersebut dengan upah RM800 setiap perjalanan.

“Siasatan juga mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau bagi kes sama di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 pada Disember tahun lalu dan membayar denda sebanyak RM5000,” jelasnya 

Tambahnya, suspek juga didapati melanggar Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit  2021 kerana gagal mengemukakan alasan munasabah semasa ditahan di SJR berkenaan.

“Suspek direman bermula hari ini hingga 4 Februari untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya