Enam buah chalet buluh musnah dalam kebakaran

Enam chalet buluh musnah dalam kebakaran

KEADAAN beberapa buat chalet yang musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Rantau Sungai Gadut, Kampung Ulu Lalang, Rantau, Seremban hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak enam buah chalet yang diperbuat daripada buluh dan batu musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Rantau-Sungai Gadut, Kampung Ulu Lalang, Rantau dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba Rantau, Mohd. Izzuwan Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.34 petang dan tiba di lokasi 13 minit kemudian. 

“Kami dimaklumkan enam buah chalet yang berada sebaris berkeluasan 20X40 kaki persegi itu dikatakan sudah lama terbiar, api marak dengan cepat akibat chalet berkenaan diperbuat separuh batu dan separuh buluh. 

“Api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 4.01 petang, tiada mangsa terlibat dalam kebakarang ini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini. 

Mohd. Izzuwan memaklumkan, seramai enam anggota dari Balai Bomba Rantau dikejarkan ke lokasi kejadian dan pihaknya turut menerima bantuan daripada anggota dari Balai Bomba Senawang dan bBalai Bomba Rembau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya