Calon STPM lega tak perlu daki Bukit Ulu Manah lagi

Calon STPM lega tak perlu daki Bukit Ulu Manah lagi

NUR Ain Natasha Ramzam (depan, kanan) lega dapat kembali semula ke sekolah dan tidak lagi perlu mendaki bukit untuk mengikuti kelas secara online di Kuala Krai, Kelantan. - FOTO/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Kebenaran untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka melegakan Nur Ain Natasha Ramzam,19, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai yang bakal menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak lama lagi.

Ini kerana dia tidak lagi perlu menunggang motosikal jauh ke dalam ladang kelapa sawit sebelum mendaki Bukit Ulu Manah di sini untuk mendapatkan capaian internet sebagaimana pernah dilaporkan akhbar iini bulan lalu.

Nur Ain Natasha berkata, dia kini semakin bersemangat hadir ke sekolah setiap hari untuk ‘menggali’ seberapa banyak ilmu sebelum menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi.

“Pembelajaran bersemuka ini memberikan kelebihan kepada kami untuk lebih memahami apa yang diajarkan oleh guru.

“Selain itu, saya boleh bertanya secara terus kepada guru jika tidak memahami satu-satu topik yang diajarkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

NUR Ain Natasha Ramzan (kanan) sebelum ini pernah dilaporkan terpaksa belajar di atas bukit untuk mengikuti kelas online kerana ketiadaan liputan internet di Kuala Krai.

Akhbar ini 7 Disember lalu melaporkan, Nur Ain Natasha dan adiknya Nur Fatin Nadihah 18, sanggup menunggang motosikal selama 15 minit menyelusuri ladang kelapa sawit dan seterusnya mendaki Bukit Ulu Manah bagi mendapatkan capaian internet demi mengikuti kelas secara online.

Tindakan itu terpaksa diambil oleh dua beradik tersebut bagi memastikan mereka tidak ketinggalan untuk mengikuti kelas secara dalam talian susulan pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Nur Ain Natasha memberitahu, dia nekad memberikan tumpuan kepada setiap mata pelajaran yang di ajar oleh guru.

Katanya, hal ini bagi memastikan dia memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM bagi mengubah masa depan keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya