Bayi masih bertali pusat ditemukan di luar pagar rumah

Bayi masih bertali pusat ditemukan di luar pagar rumah

BAYI lelaki yang masih bertali pusat ditemukan orang ramai sebelum melaporkan perkara itu kepada polis di Taman Johor, Skudai, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di hadapan sebuah rumah di Taman Johor, Skudai di sini pada pukul 7.30 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, bayi berkenaan ditemukan orang awam yang kemudian melaporkan kepada pihak polis.

“Bayi yang berpakaian baju hijau putih bercorak kartun itu diletakkan di hadapan pagar rumah berkenaan dengan hanya beralaskan kain dan kertas.

“Pemeriksaan dibuat mendapati bayi lelaki berkenaan masih mempunyai klip putih di bahagian tali pusatnya dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rupiah lagi, pihaknya juga telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, kata beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini boleh menghubungi talian 07-556 2222,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN