Arteta tagih kehebatan Aubameyang - Utusan Malaysia

Arteta tagih kehebatan Aubameyang

PIERRE-Emerick Aubameyang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta memuji kebangkitan yang dipamerkan Pierre-Emerick Aubameyang selepas mengharungi detik sukar, sekali gus menagih khidmat penyerang tersebut untuk berdepan Leicester dalam saingan Liga Perdana Inggeris hari ini.

Jaringan menerusi tandukan pada saat akhir oleh Aubameyang membolehkan skuad Gunners mara ke suku akhir Liga Europa menerusi kemenangan 3-2 ke atas Benfica di pusingan 16 terakhir, Jumaat lalu.

“Ada kalanya apabila anda mengharungi detik sukar, anda akan memperoleh kepayahan dan kesedihan.

“Saya fikir bukan mudah untuk seseorang itu melalui cabaran ketika berdepan masalah. Semua orang pernah melaluinya.

“Apa yang anda perlu buat selepas itu? Adakah terus bersedih, marah atau bekerja lebih keras untuk mengharunginya?

“Hadapi cabaran dan cuba dapatkan motivasi, lebih teruja untuk melakukannya. Saya rasa dalam sejak beberapa minggu ini saya dapat rasai kebangkitannya.

“Contohnya, semasa berlatih sebelum kami beraksi di sini, dia gagal dalam sepakan penalti dan dia sangat sedih.

“Bagaimanapun, jika anda mempunyai mentaliti yang kuat, saya fikir tiada masalah untuk menghadapinya,” kata Arteta berhubung Aubameyang, yang terlepas tiga perlawanan susulan melawat ibunya yang kurang sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya