Aktiviti `tukar barang’ di Sungai Golok dipantau PGA  - Utusan Malaysia

Aktiviti `tukar barang’ di Sungai Golok dipantau PGA 

ANGGOTA PGA mengawal ketat di tebing Sungai Golok, Kelantan bagi mengelakkan pelbagai jenayah termasuk kes-kes seludup.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Penduduk sempadan Malaysia-Thailand di sini yang bertukar-tukar barang di Sungai Golok menggunakan botol atau bungkusan plastik yang ditarik menggunakan tali boleh berdepan tindakan.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, pihaknya sama sekali tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas pelaku.

“Sekiranya terserempak dengan anggota PGA yang melakukan rondaan, tindakan akan terus diambil ke atas mereka.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beberapa hari lalu tular satu klip video di aplikasi TikTok menunjukkan penduduk tempatan dan negara jiran sedang bertukar-tukar barang.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan dua lelaki menarik bungkusan plastik menggunakan tali.

Tindakan alternatif itu diambil selepas kedua-dua negara menutup sempadan bagi memutuskan pandemik Covid-19.

Aktiviti digelar ‘tukar barang’ itu merangkumi kiriman wang dan ubat-ubatan, selain aktiviti surat-menyurat.- UTUSAN

Nor Azizan memberitahu, PGA yang melakukan penugasan menerusi OP Benteng Covid-19

 mengawal ketat sempadan bagi mengekang aktiviti jenayah sepanjang penularan Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya