Empat lelaki ditahan miliki methamphetamine, heroin

Empat lelaki ditahan miliki methamphetamine, heroin

DADAH yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Slim River di Slim River, Perak semalam. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Polis menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah menerusi dua tangkapan berasingan di Kampung Baru Slim River, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis pada mulanya menahan seorang lelaki di dalam sebuah kenderaan pada pukul 9.45 malam sebelum dibawa ke sebuah rumah.

Katanya, setibanya di sana, terdapat tiga lelaki lain yang didapati sedang leka menghisap sesuatu disyaki dadah.

“Hasil pemeriksaan menjumpai lima paket plastik lutsinar, tujuh tiub straw dan satu bekas plastik masing-masing berisi dadah jenis methamphetamine seberat 31.15 garam.

“Turut dijumpai bersama suspek ialah satu tiub straw berisi dadah jenis heroin seberat 0.67 gram. Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM3,200,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati, keempat-empat suspek berusia 33 hingga 37 tahun itu mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

Katanya, kesemua suspek direman bermula hari ini di mana seorang daripada mereka tamat tempoh reman esok manakala selebihnya pada Khamis ini.

“Siasatan kes akan dijalankan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1) a ADB 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya