Zii Jia tersingkir di Bangkok - Utusan Malaysia

Zii Jia tersingkir di Bangkok

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia sudah boleh melupakan saingan badminton Jelajah Dunia Akhir apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut, sekali gus ditunjukkan jalan keluar lebih awal di Bangkok hari ini.

Seperti diduga, perseorangan lelaki No. 1 negara itu bukan tandingan bekas juara dunia yang juga pilihan pertama, Viktor Axelsen dari Denmark.

Biarpun menghuni ranking ke-10 dunia, namun Zii Jia gagal memberi tentangan sengit ketika tumpas 15-21, 4-21 kepada pemain No. 4 dunia, Axelsen.

Pemain kelahiran Kedah itu sebelum ini tumpas 16-21, 21-12, 11-21 kepada pemain Taiwan, Chou Tien Chen dalam aksi pembukaan Kumpulan A semalam.

Esok, Zii Jia akan turun sekali lagi untuk menentang Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, namun pertemuan itu sekadar pelengkap jadual buat kedua-dua pemain.

Axelsen dan Tien Chen sudah mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas memenangi dua perlawanan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya