Zii Jia bermula langkah sumbang - Utusan Malaysia

Zii Jia bermula langkah sumbang

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua kali bertemu dalam tempoh dua minggu, Lee Zii Jia masih gagal menumpaskan pemain Taiwan, Chou Tien Chen.

Selepas tumpas pada suku akhir Terbuka Thailand Yonex dua minggu lalu, perseorangan lelaki No. 1 negara itu tumpas lagi, kali ini 16-21, 21-12, 11-21 dalam aksi pembukaan Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir di Bangkok hari ini.

Kekalahan dalam masa 57 minit itu menyaksikan Zii Jia tidak punya pilihan kecuali memenangi dua perlawanan terakhir jika mahu menempatkan diri pada kedudukan dua terbaik kumpulan, sekali gus mara ke separuh akhir.

Bagaimanapun laluan getir bakal menanti pemain muda negara itu apabila menentang pilihan pertama Denmark, Viktor Axelsen di Bangkok esok.

Axelsen, 27, juara dunia 2017 kini berada pada kemuncak prestasi selepas menjuarai Terbuka Thailand Toyota dan Terbuka Thailand Yonex.

Sekiranya gagal mengalahkan Axelsen, aksi terakhir Zii Jia menentang pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pada Jumaat sekadar menjadi pelengkap perlawanan.

Tiga pertemuan Zii Jia dan Axelsen sebelum ini memihak kepada pemain Denmark itu 2-1.

Kemenangan terbaharu Axelsen dilakar dalam separuh akhir All England tahun lalu.

Sementara itu, langkah beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut bermula sumbang selepas tumpas 18-21, 22-24 kepada pilihan utama yang juga juara Terbuka Thailand, Lee Yang-Wang Chi-Lin dalam aksi Kumpulan A.

Beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pula menewaskan rakan senegara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen 21-16, 10-21, 21-15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya