United selangkah kejar kejuaraan - Utusan Malaysia

United selangkah kejar kejuaraan

PEMAIN Manchester United meraikan kemenangan ke atas Aston Villa pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer percaya, Manchester United ‘selangkah ke depan’ untuk berada dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas berkongsi mata dengan pendahulu, Liverpool.

Gol pembukaan Anthony Martial dan penalti kontroversi Bruno Fernandes membantu Red Devils menumpaskan Aston Villa 2-1 pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi 33 mata bersama Liverpool dan empat mata mengatasi dua pesaing rapat, Leicester City serta Everton.

ANTHONY Martial meraikan jaringannya.

“Saya sangat gembira dengan kedudukan kami. Saya fikir saingan liga akan bertambah sengit, jadi setiap kali anda memenangi perlawanan anda melangkah setapak ke depan.

“Anda boleh kalah dalam 10 perlawanan pertama, jadi apabila anda menang dalam perlawanan seperti hari ini ia membawa perbezaan besar.

“Bagaimanapun kami tidak boleh terlalu terbawa-bawa. Belum ada piala dimenangi yang penting mengutip lebih banyak mata,” katanya.

United kini mengharungi 10 perlawanan tanpa kalah, namun Solskjaer percaya, pasukannya masih boleh meningkat.

“Kami kena jadi lebih baik. Saya tidak gembira melihat prestasi kami pada 10 minit terakhir.

“Ada sebab mengapa rambut saya cepat beruban. Itu disebabkan kami selalu memilih jalan sukar,” kata Solskjaer.

BRUNO Fernandes menyempurnakan sepakan penalti.

Sementara itu, pengendali Aston Villa, Dean Smith berang dengan sepakan penalti yang diberikan kepada United pada minit ke-61.

Katanya, sentuhan yang dilakukan Douglas Luiz terhadap Paul Pogba terlalu minimum, dan pengadil, Michael Oliver tidak mendapatkan pandangan penjaga garisan ketika membuat keputusan.

Kata Smith, Pogba dilihat seperti sengaja menjatuhkan diri.

“Kami kalah kerana penalti yang meragukan. Terdapat kontak yang sangat, sangat minimum,” kata Smith. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya