UMNO mahu kerusi Parlimen Alor Setar pada PRU15 - Utusan Malaysia

UMNO mahu kerusi Parlimen Alor Setar pada PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMNO Bahagian Alor Setar menuntut supaya kerusi parlimen di kawasan itu ditandingi oleh calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini disebabkan kegagalan MCA dalam dua pilihan raya umum yang lalu iaitu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  selain majoriti pengundi di kawasan parlimen Alor Setar adalah Melayu.

“Atas dasar ketetapan ini UMNO Bahagian Alor Setar mendesak dengan pertimbangan sewajarnya calon Parlimen Alor Setar pada PRU15 dari calon UMNO Bahagian Alor Setar,” kata Fazil Hashim, wakil dari UMNO cawangan Tanjung Bendara ketika membentang usul politik pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar semalam.

Desakan itu dibuat atas pertimbangan, jumlah pengundi Melayu yang beragama Islam adalah paling besar iaitu sebanyak 64.4 peratus diikuti pengundi Cina (30.9 peratus) dan India (4.2 peratus).

Fazil berkata, sudah tiba masanya UMNO diberikan tanggungjawab untuk menerajui Parlimen Alor Setar kerana persekitaran fizikal dan demografinya jelas mencorakkan perkembangan sosio ekonomi yang mejoritinya adalah oran Melayu.

Katanya, apa yang diusulkan itu adalah suara akar umbi bahagian Alor Setar yang mahu mesej disampaikan kepada pucuk pimpinan bahawa sudah sampai masanya kawasan parlimen itu diserahkan kepada UMNO.

Lagi pula katanya, UMNO mempunyai kekuatan jentera pilihan raya di semua peringkat yang telah digerakkan sebaik sahaja BN tewas pada PRU14.

Sementara itu, seorang lagi perwakilan, Datuk Ir Guntor Mansor Tobeng dalam ucapan menyokong perbahasan usul politik meminta UMNO dan MCA berunding mencari penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak dan tidak mengecilkan hati mana-mana parti dan penyokong mereka.

“Di peringkat Alor Setar kita perlu duduk berunding dengan MCA sebagai komponen BN dan berunding atas semangat setiakawan yang pernah bersama mengharungi perjuangan jatuh dan bangun,” katanya.

Guntor berkata, semangat MCA untuk bekerjasama dengan UMNO menerusi BN adalah lebih ikhlas dan lebih tinggi berbanding kerjasama UMNO dengan parti lain menerusi Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

“Keikhlasan dan setiakawan MCA telah teruji malahan tidak luntur bersama UMNO. Mereka tidak lari keluar dari BN walaupun parti lain satu demi satu meninggalkan gabungan itu. Sejarah menunjukkan sudah 60 tahun MCA bersama UMNO dalam BN.

“Masih ingatkah kita apabila UMNO diharamkan pada 1988 dan Dr. Mahathir Mohamad secara perlembagaan hilang jawatan Perdana Menteri, Ling Liong Sik telah memangku jawatan Perdana Menteri sehingga UMNO didaftar semula.

Katanya, UMNO sebagai abang dalam BN tidak patut menggunakan kuasa abang itu sewenangnya tanpa mempedulikan peranan adik iaitu parti komponen yang lain.

“KIta jangan kelihatan bersikap autokrasi dan menindas yang lain. Kita harus bijak berperanan sebagai abang yang mempertahankan hak tetapi pada masa yang sama bertimbang rasa dengan adik-adiknya.

“Kita harus ingat UMNO belum kembali kuat selepas kekalahan kita pada pilihan raya umum lepas. Dalam mengumpul kembali kekuatan kita perlu dokongan semua adik beradik kita. Semua adik-beradik kita adalah penting dalam memperteguhkan kembali kapal BN,” katanya. – SM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya