Trio Liverpool bakal berpecah? - Utusan Malaysia

Trio Liverpool bakal berpecah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Trio serangan Liverpool bakal dipecahkan tidak lama lagi dan bintang Brazil, Roberto Firmino dijangka menjadi pemain pertama perlu memberi laluan, kata legenda Reds, Jamie Carragher.

Mohamed Salah, Sadio Mane dan Firmino menjadi watak penting buat skuad bimbingan Jurgen Klopp sejak empat musim lalu apabila meledak 183 gol.

ROBERTO Firmino mungkin terpaksa memberi laluan.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini prestasi mereka dipantau selepas gagal meledak gol dalam tiga perlawanan liga berturut-turut, termasuk ketika seri 0-0 dengan musuh ketat, Manchester United di Anfield kelmarin.

Keadaan itu membimbangkan peminat apabila kedua-dua pasukan bakal berentap lagi pada pusingan keempat Piala FA di Old Trafford, Ahad ini.

Bercakap dalam program Monday Night Football, Carragher yang juga pengulas Sky Sports percaya, prestasi Salah dan Mane masih boleh meningkat tetapi Firmino sudah terlalu statik.

JAMIE CARRAGHER

“Setiap kali kita bercakap mengenai Liverpool, tumpuan utama adalah kepada rangkaian tiga penyerang mereka. Ia seperti satu pakej.

“Trio serangan Liverpool ini sangat unik. Bukan kerana mereka jauh lebih baik dari trio serangan mana-mana pasukan, tetapi melihat mereka kekal untuk tempoh yang lama.

“Mereka kini memasuki musim keempat bersama dalam Liga Perdana. Selalunya, kombinasi seperti ini hanya bertahan untuk dua atau tiga tahun.

“Kesemua mereka sudah memasuki usia lewat 20-an, jadi tidak lama lagi trio ini perlu berpecah.

“Ketika ini, saya fikir Mane dan Salah masih mampu bangkit daripada aksi hambar. Saya  yakin dengan kemampuan mereka, namun Firmino sedikit membimbangkan,” kata Carragher.

MOHAMED Salah (kiri) dan Sadio Mane.

Kata Carragher, dalam situasi serangan balas atau keadaan yang memerlukan seorang penyerang berfikiran pantas untuk mencari ruang, Firmino tidak sebagus Mane atau Salah.

Kehadiran Diogo Jota dijangka memudahkan Klopp memecah kombinasi trio serangan, malangnya pemain Portugal itu dihimpit kecederaan dalam beberapa aksi terakhir Reds.

DIOGO Jota bakal membentuk trio baharu?

“Firmino pernah menjadi pemain terbaik liga dari segi penguasaan bola tetapi prestasi itu jatuh mendadak 50 peratus sejak musim lalu.

“Musim lalu walaupun Liverpool menjuarai Liga Perdana, dia tidak banyak menjaringkan gol atau mencipta gerakan,” katanya.

Keputusan seri dengan United minggu lalu meletakkan Reds kini jatuh ke kedudukan keempat liga dengan 34 mata, tiga mata di belakang pendahulu.

Liverpool yang mengharungi empat perlawanan liga berturut-turut tanpa kemenangan akan berdepan Burnley di Anfield, Jumaat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya