Tiga tekong darat guna laluan haram ditahan anggota PGA

Tiga tekong darat guna laluan haram ditahan

TIGA warga Indonesia yang ditahan dalam serbuan di Tali Air 8/9 Ladang Sawit, Sekinchan, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Tindakan tiga lelaki warga Indonesia memasuki negara menggunakan laluan haram membawa padah apabila mereka ditahan di Tali Air 8/9 Ladang Sawit, Sekinchan di sini semalam.

Malah, penahanan ketiga-tiga individu terbabit membongkar rahsia bahawa kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 40 tahun itu merupakan tekong darat.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintenden Rizal Mohamed berkata, sepasukan anggotanya telah melakukan serbuan kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan selepas dipercayai masuk menggunakan laluan yang tidak diwartakan melalui Tanjung Balai, Indonesia.

“Hasil siasatan mendapati kesemua mereka yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.

“Siasatan lanjut telah dijalankan dan mendapati ketiga-tiga individu yang ditahan merupakan tekong yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia.

“Malah, hasil soal siasat mendapati kesemua mereka terlibat dengan tangkapan PATI yang dilakukan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) baru-baru ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Rizal, dalam serbuan tersebut pihaknya turut menemukan sebuah bot bersama enjin dipercayai digunakan sebagai pengangkutan laut yang ditinggalkan di pesisir pantai Bagan Sekinchan dianggarkan bernilai RM25,000.

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1963. 

“Kesemua mereka juga akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan tahanan dan petugas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya