KUALA TERENGGANU: Jumlah kes harian Covid-19 di Terengganu hampir mencecah tiga angka apabila sebanyak 92 kes baharu tertinggi direkodkan hari ini.
Mengikut infografik Jabatan Kesihatan Negeri, daripada jumlah itu sebanyak 67 kes membabitkan daerah Kuala Terengganu manakala Besut (8 kes), Dungun (6 kes), Setiu (3 kes), Kuala Nerus (2 kes) dan Kemaman (1 kes).
Perkembangan tersebut menjadikan keseluruhan kes yang pesakit Covid-19 dirawat di negeri ini meningkat kepada 330 kes.
Terkini direkodkan, dua daerah di Terengganu bertukar kepada zon merah iaitu Kuala Terengganu dengan 157 kes dan Dungun 61 kes.
Besut pula menghampiri zon merah dengan merekodkan 39 kes manakala Setiu, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman masih berada dalam status zon kuning.
Hulu Terengganu kini satu-satunya daerah yang kekal hijau di Terengganu.
Sebanyak enam kluster aktif didaftarkan di negeri ini iaitu Permint Harmoni, Kejaya, Kubang Bujuk, Palut, Mengkuang dan Kolam Permai. – UTUSAN