Panjat pokok, tebuk batang padam kebakaran pokok 100 tahun - Utusan Malaysia

Panjat pokok, tebuk batang padam kebakaran pokok 100 tahun

ANGGOTA pasukan bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan tangga dan menebuk lubang pada batang bagi memadamkan kebakaran sebatang pokok berusia lebih 100 tahun di atas Bukit Bendera, Pulau Pinang pagi tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sembilan anggota bomba mengambil masa selama tiga jam bagi membantu memadam kebakaran sebatang pokok berusia lebih 100 tahun di atas Bukit Bendera, Ayer Itam, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Muzamer Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran kali kedua itu daripada pihak pengurusan Bukit Bendera pada pukul 11.22 malam semalam.

Katanya, anggota ke lokasi kejadian dengan menaiki pacuan empat roda melalui laluan trek ke atas puncak Bukit Bendera.

“Kebakaran didapati melibatkan lubang di dalam batang pokok berusia lebih 100 tahun itu dengan ukuran lilitnya dianggarkan sembilan meter.

“Kita menggunakan tangga untuk memanjat pokok tersebut dengan anggaran ketinggian 10 meter selain melakukan teknik menebuk lubang pada batang pokok dan masuk ke bahagian dalam dari atas.

“Operasi memadam api selesai pukul 3 pagi dan pemantauan api tamat sepenuhnya pukul 5 pagi tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya dimaklumkan saksi kejadian kebakaran itu berpunca daripada panahan kilat dan siasatan serta pemantauan lanjut masih dijalankan.

Difahamkan, pokok tersebut antara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di lokasi tumpuan pelancongan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya