Olimpik Tokyo 2020 jalan! - PM Jepun - Utusan Malaysia

Olimpik Tokyo 2020 jalan! – PM Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga bertekad untuk meneruskan Sukan Olimpik Tokyo di sebalik laporan temasya itu bakal dibatalkan selepas menteri kabinet kanan menganggap mustahil untuk ia diteruskan ekoran pandemik Covid-19 yang masih mengganas.

Suga menegaskan, temasya yang dijadualkan semula dari 23 Julai hingga 8 Ogos itu berada pada landasan sebenar selepas The Times memetik sumber kerajaan yang tidak dinamakan sebagai berkata, Jepun sudah menukar fokus mereka kepada penganjuran 2032.

“Saya bertekad untuk merealisasikan Temasya Tokyo yang selamat sebagai bukti bahawa manusia perlu mengatasi virus berkenaan,” kata Suga.

YOSHIHIDE SUGA

Ketika ditanya mengenai laporan akhbar berkenaan, Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 berkata, fokus mereka ketika ini hanya menganjurkan temasya yang ‘selamat’.

“Perdana Menteri Suga sudah menyatakan keazaman untuk menganjurkan temasya tersebut, kerajaan mengetuai beberapa siri mesyuarat koordinasi bagi mendepani isu Covid-19 dan ia dilaksanakan menerusi kawalan jangkitan dalam usaha meneruskan temasya.

“Semua rakan kerjasama kami… semua fokus untuk menganjurkan temasya musim panas itu. Kami berharap kehidupan seharian boleh kembali normal secepat mungkin dan kami akan terus berusaha bagi persiapan untuk temasya yang selamat,” Tokyo 2020 dalam satu kenyataan hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya