Ingkar SOP: Lagi 528 ditahan, 525 dikompaun  - Utusan Malaysia

Ingkar SOP: Lagi 528 ditahan, 525 dikompaun 

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 528 individu ditahan semalam atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mereka ditahan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai polis dengan melakukan 31,155 pemeriksaan meliputi pelbagai premis di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 525 dikompaun manakala tiga direman dengan kes tertinggi ialah di pusat hiburan melibatkan 203 individu.

 “Ini diikuti tidak memakai pelitup muka (149), gagal sedia peralatan merekod butiran (101),  tiada penjarakan fizikal (73) dan lain-lain (2),” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

 Sejumlah 2,946 pasukan pematuhan meliputi 10,581 anggota ditugaskan memantau 2,946 pasar raya, 3,453 restoran, 347 penjaja, 1,390 kilang, 2,540 bank dan 347 pejabat kerajaan.

 Turut dipantau sebanyak 679 terminal pengangkutan darat, 139 terminal pengangkutan air dan 54 terminal pengangkutan udara.

 Menurut beliau, seramai 38 pendatang asing tanpa izin ditahan menerusi Operasi Benteng yang mengawal sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan wabak Covid-19.

  Dalam pada itu, 38 operasi sanitasi awam dijalankan meliputi 18 zon merah, satu zon jingga, empat zon kuning dan tiga zon hijau melibatkan sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan.

 Menyentuh kuarantin wajib, Ismail memaklumkan, sehingga kini seramai 7,892 individu pulang ke tanah air sedang menjalani proses itu, manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

 “Sejumlah 92,731 individu sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani kuarantin wajib di 75 buah hotel serta 17 institut latihan awam dan swasta di seluruh negara,” kata beliau.

 Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Binaan juga memeriksa lapan tapak binaan di seluruh negara dengan tujuh didapati mematuhi SOP dan satu lagi tidak beroperasi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya