Hoki Asia 'mangsa' terbaharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Hoki Asia ‘mangsa’ terbaharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki dan wanita negara terpaksa menunggu lebih untuk kembali beraksi di pentas antarabangsa selepas dua kejohanan utama Asia yang sepatutnya berlangsung tahun ini ditunda.

Persekutuan Hoki Asia (AHF) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Trofi Juara-juara Asia Lelaki 2021 yang dijadualkan di Dhaka, Bangladesh pada 11-19 Mac dan Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2021 di Donghae, Korea Selatan pada 31 Mac hingga 7 April ditunda akibat pandemik Covid-19.

Badan sukan hoki Asia itu mengambil keputusan menunda kedua-dua kejohanan sehingga separuh kedua tahun ini demi keselamatan dan kesejahteraan semua peserta.

Kata AHF, tindakan beberapa negara di Asia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak berkenaan turut menjejaskan persiapan pasukan.

“Ancaman situasi tidak menentu dan kurang baik dihadapi pasukan bertanding adalah satu faktor lain. AHF sentiasa berusaha menyediakan peluang seimbang kepada semua dan berikutan itu kami tidak dapat meneruskan kejohanan dalam keadaan tidak menentu ini.

“Akhirnya, varian baharu Covid-19 melumpuhkan dunia sekali lagi dan kami tidak dapat meneruskannya dalam ancaman baharu ini,” kata AHF dalam laman web rasminya hari ini.

Keputusan penundaan kedua-dua kejohanan dipersetujui Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), dan ia dijangka diadakan semula pada September dan Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN