Elak SJR, pacuan empat roda terhumban dalam parit

Elak SJR, pacuan empat roda terhumban dalam parit

DUA lelaki termasuk warga Bangladesh ditahan selepas cuba meloloskan diri dalam sekatan jalan raya di Jalan Kampung Neram-Bukit Goh, di Kemaman petang semalam. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Gara-gara mengelak sekatan jalan raya (SJR), sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dinaiki dua lelaki terhumban ke dalam sebuah parit berdekatan ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Neram-Bukit Goh, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira kira pukul 4 petang itu, kedua-dua lelaki tersebut dipercayai cuba merentas negeri untuk ke Kuantan, Pahang dari Felda Neram dengan menggunakan laluan tikus.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mereka yang terdiri daripada lelaki tempatan berusia 47 tahun dan warga Bangladesh berumur 50 tahun bagaimanapun berjaya ditahan di lokasi kejadian.

“Akibat panik melihat SJR, pemandu kenderaan itu bertindak membuat pusingan U sebelum terjunam ke sebuah parit sedalam kira-kira 0.3 meter.

“Siasatan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran daripada pihak polis untuk merentas negeri,” katanya kepada pemberita.

Hanyan berkata, pihaknya turut menahan seorang penunggang motosikal berusia dalam lingkungan 30-an yang cuba meloloskan diri dengan masuk ke ladang kelapa sawit berdekatan, bagaimanapun, tindakan pantas berjaya memberkas lelaki dalam keadaan mencurigakan tersebut.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah wang dan beberapa peralatan seperti plastik dan straw yang disyaki digunakan untuk membungkus dadah.

Hanyan berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk tindakan lanjut dan hasil ujian air kencing mendapati penunggang motosikal tersebut positif metamfetamin di samping mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah. 

Sementara itu, tinjauan mendapati segelintir penduduk mengambil peluang menggunakan laluan tikus ke Pahang itu untuk merentas negeri dan sepanjang tempoh dua jam SJR tersebut, lebih 10 kenderaan diarahkan berpatah balik berikutan tidak mempunyai surat kebenaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya