Dua cedera helikopter terhempas - Utusan Malaysia

Dua cedera helikopter terhempas

HELIKOPTER persendirian jenis Robinson R66 Turbine yang terhempas setelah melakukan pendaratan cemas dan mengakibatkan dua mangsa cedera di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pelabuhan Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua cedera dalam insiden helikopter terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pagi ini.

Mangsa iaitu juruterbang, Khairudin Dahlan, 72, mengalami kecederaan di tangan kiri sementara pembantunya, Moithu Kutti Mohamad,52, mengalami luka kecil.

Kedua-dua mangsa menaiki helikopter persendirian jenis Robinson R66 Turbine.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.57 pagi dan pihaknya menerima panggilan tiga minit kemudian.

“Sejurus selepas menerima panggilan, tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang ditugaskan ke lokasi kejadian dan tiba 22 minit kemudian.

“Siasatan mendapati helikopter ini melakukan pendaratan cemas dan terhempas di kawasan lapang.

“Bagaimanapun, tiada kebakaran berlaku dan mangsa mengalami cedera ringan serta dirawat pasukan perubatan Pelabuhan Barat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya,  mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya