Benarkan kedai gunting rambut, cuci kereta beroperasi

Benarkan kedai gunting rambut, cuci kereta beroperasi

NOOR HARIRI MOHAMED NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Situasi pandemik Covid-19 yang semakin meningkat ketika ini menuntut kerajaan melaksanakan tindakan sewajarnya dalam mengimbangi antara langkah mengawal penularan jangkitan dengan kehidupan ekonomi rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, ramai rakyat terkesan apatah lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ada antara perniagaan kecil-kecilan terpaksa ‘bungkus’ sekali gus hilang punca pendapatan.

Katanya, sebagai contoh pengusaha kedai gunting rambut yang masih tidak dibenarkan beroperasi sehingga menyukarkan mereka untuk membayar sewa bulanan kedai tanpa ada apa-apa sumber pendapatan lain.

“Rata-rata pemilik kedai gunting rambut adalah dalam kalangan golongan B40 di mana mereka masih terpaksa membayar sewaan bulanan kedai. 

“Para pekerja pula majoriti terdiri daripada golongan anak muda yang baru belajar memulakan kehidupan yang tentunya tidak boleh dimatikan semangat mereka untuk berdikari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam hal itu, beliau meminta kerajaan memepertimbangkan pengoperasian kedai itu dengan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengelak berlaku ‘kluster kedai gunting rambut’ pula.

Selain itu, kata beliau, perniagaan melibatkan perkhidmatan membaiki dan mencuci kereta juga boleh dipertimbangkan untuk beroperasi memandangkan ia tidak melibatkan sebarang sentuhan fizikal dan penjarakan fizikal boleh dilaksanakan antara pekerja dan pelanggan.

Langkah itu, ujar beliau sekurang-kurangnya dapat melengkapkan pusingan ekonomi dalam kalangan pemain industri automotif itu. 

“Kami juga berpendapat agar kerajaan juga boleh menggunakan kuasa mutlak yang ada dalam pelaksanaan darurat ini untuk mengarahkan bank dan institusi kewangan supaya mewajibkan lanjutan moratorium pinjaman, serta tidak mengenakan kenaikan faedah terhadap lanjutan ini dalam tempoh sehingga Ogos ini. 

“Tentunya wang penangguhan pembayaran tersebut akan digunakan oleh golongan peminjam B40 dan M40 untuk fokus kepada perkara yang mendesak seperti bahan makanan isi rumah dan kelengkapan belajar anak-anak yang memerlukan gajet ketika tempoh pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya. 

Pada masa sama, Pemuda UMNO Kelantan turut memohon ketika tempoh sukar ini, kapasiti jemaah yang dibenarkan solat di masjid atau surau boleh melakukan solat hajat bersama-sama di samping turut dilakukan semua umat Islam lain di rumah masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya