Warga emas tidak biasa transmisi automatik  langgar empat gerai - Utusan Malaysia

Warga emas tidak biasa transmisi automatik  langgar empat gerai

KEADAAN pasar pagi yang dirempuh warga emas di Pekan Sehari Simpang Pelangai, Bentong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Dipercayai tidak biasa menggunakan kereta transmisi automatik, seorang warga emas merempuh empat gerai di Pekan Sehari Simpang Pelangai, di sini selepas tertekan pedal minyak pagi ini.

Difahamkan, pemandu warga emas berusia 75 tahun berasal dari Kampung Durian Tipus, Negeri Sembilan itu meminjam kereta anaknya ke situ.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 9.29 pagi itu menyebabkan kerosakan empat buah gerai dan seorang individu cedera ringan.

“Berdasarkan siasatan awal, semasa hendak keluar daripada tempat letak kereta, pemandu kereta berkenaan  tertekan pedal minyak dan merempuh empat gerai jualan yang berada di Tapak Pasar Pagi Simpang Pelangai.

“Kejadian menyebabkan seorang individu mengalami kecederaan ringan di siku kanan dan kerosakan gerai jualan serta barangan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kamarulzaman,  kes disiasat mengikut Sekayen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Nobie Alfarina Abd Wahab, 41, berkata, semasa kejadian dia baru sahaja sampai di pasar itu. 

“Semasa sedang membeli tiba-tiba kereta berkenaan  meluru ke arah kami dan kami cuba mengelak sebelum kereta melanggar beberapa buah gerai,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya