Tiga ahli Parlimen naik ambulans - Utusan Malaysia

Tiga ahli Parlimen naik ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga ahli Parlimen  yang masih menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) hadir ke Dewan Rakyat hari ini dengan menaiki ambulans.

Mereka ialah  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, dan P. Prabakaran (PH-Batu).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika memaklumkan perkara itu berkata, kesemua mereka diwajibkan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan ditempatkan dalam satu bilik khas ketika persidangan berlangsung.

Katanya lagi, dua menteri dan seorang ahli Parlimen pembangkang itu hanya dibenarkan masuk ke dalam dewan ketika sesi pengundian belah bahagian sahaja.

“Saya difahamkan pagi ini bahawa terdapat tiga orang yang meminta kebenaran untuk datang, mereka dibawa oleh ambulans memakai PPE dan kita telah sediakan satu bilik untuk mereka duduk. 

“Bilik khas mereka duduk di situ dan kalau mereka ingin mengundi mereka perlu memakai PPE yang baru dan mereka akan masuk melalui galeri awam dan undi akan diambil daripada mereka. 

“Penghitung dan pemerhati terpaksa memakai visor (pelindung muka) dan selepas mengundi, mereka meninggalkan galeri awam itu. Supaya kita nak hadkan contact dengan semua orang,” katanya untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan Dr. Kelvin Yii Lee Wuan (PH-Bandar Kuching).

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan, ahli Parlimen yang menjalani HSO boleh hadir ke persidangan Dewan Rakyat bagi proses pengundian peringkat jawatankuasa Rang Undang- undang (RUU) Perbekalan 2021 namun perlu mengenakan PPE.

Bercakap kepada pemberita, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, ketiga-tiga ahli Parlimen berkenaan kini menjalani proses kuarantin kerana menjadi kontak rapat individu positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya