RUU Perbekalan 2021 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi lulus - Utusan Malaysia

RUU Perbekalan 2021 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatan kuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi  diluluskan sebentar tadi.

Keputusan diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

RUU itu diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu, kementerian itu menerima peruntukan berjumlah RM4.6 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN