Hanya 1.5 juta pelancong ke Langkawi tahun ini - Utusan Malaysia

Hanya 1.5 juta pelancong ke Langkawi tahun ini

Langkawi antara tarikan utama pelancong ke Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Jumlah pelancong berkunjung ke pulau peranginan ini tahun ini sehingga Oktober lalu hanya 1.5 juta orang.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr. Hezri Adnan berkata, jumlah tersebut adalah kecil berbanding jumlah pelancong yang dicatatkan tahun lalu seramai 3.9 juta orang. 

Menurut beliau, statistik itu sekali gus menyebabkan sasaran kemasukan lima juta pelancong pada tahun ini sempena kempen Tahun Melawat Malaysia gagal.

“Keadaan ini susulan pandemik Covid-19 dengan pintu masuk negara ditutup selain larangan rentas negeri dilaksanakan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Langkawi Selamat:  Pembudayaan Norma Baharu Cegah Covid-19 di Masjid Darussalam, Kampung Nyior Chabang, Langkawi, hari ini.

Pada program itu, beliau menyerahkan pelitup muka, pembasmi kuman dan kain rentang norma baharu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Darussalam, Kampung Nyior Chabang.

Selain itu, katanya, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 200,000 hingga 250,000 pelancong dalam negara yang akan berkunjung ke Langkawi pada bulan ini.

“Kalau dlihat statistik Disember tahun lalu, kemasukan pelawat ke Langkawi lebih 500,000 orang,” ujarnya.

Kata beliau, peningkatan jumlah pelancong terutama selepas kerajaan membenarkan rentas negeri dapat menghidupkan semula industri pelancongan di pulau tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya