Bersedekah ketika harga sawit tinggi - Utusan Malaysia

Bersedekah ketika harga sawit tinggi

SULAIMAN Bakar (kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM315,000 kepada Khairuddin Ismail (kiri) sambil diperhatikan oleh Ahmad Nazlan Idris (tiga dari kanan) di Felda Jengka 10 di Kuala Krau, Pahang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAU: Harga komoditi sawit yang meningkat sekitar RM800 satu tan metrik sejak dua hari lalu adalah nikmat yang perlu disyukuri oleh pekebun kecil khususnya warga peneroka Felda di seluruh negara.

Ahli Jawatankuasa Task Force Felda, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, dalam tempoh tujuh bulan kebelakangan ini, pendapatan peneroka agak stabil berikutan harga buah tandan segar (BTS ) sekitar RM700 satu tan metrik. 

Dalam hal itu ujarnya, warga peneroka bukan sahaja perlu menabung tetapi menginfaq sebahagian pendapatan mereka kepada institusi atau golongan memerlukan bantuan. 

Katanya, Allah SWT akan menambah rezeki dan nikmat jika umat-Nya bersedekah kerana ia ‘pelaburan’ akhirat.

“Dalam apa juga sumbangan atau sedekah, kita tidak wajar berasa was-was atau berasa rugi mengeluarkan duit untuk bersedekah.

“Sebagai contoh saranan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung infaq RM300 untuk program sedekah Felda menimbulkan polemik dalam kalangan warga peneroka sendiri,’ katanya ketika berucap dalam Program Sedekah Warga Felda Wilayah Jengka kepada Tabung Amanah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di Felda Jengka 10, di sini semalam. 

Yang hadir sama Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Azlan Zunaidak; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Muip, Khairuddin Ismail; Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar; Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Wilayah Jengka, Zariah Harun dan Pengerusi Biro Sosial, Razak Daud.

Nazlan berkata, niat murni Idris itu wajar disambut baik oleh warga Felda termasuk generasi baharunya kerana memberi keberkatan daripada pendapatan di samping meningkatkan imej warganya sebagai penyumbang dana.

“Warga Felda tidak wajar mempertikaikan niat baik Pengerusi mendorong mereka bersedekah kerana ia pelaburan akhirat untuk mereka,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengajak semua warga Felda berganding bahu mengembalikan  kegemilangan Felda dengan mengukuhkan persamaan dan menghindari perbezaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya