Belanjawan Melaka lulus - Utusan Malaysia

Belanjawan Melaka lulus

UMNO diramal akan terus menerajui kerajaan negeri Melaka pada PRU-15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2021 yang merangka 12 strategi utama khususnya dalam mendepani kesan pandemik Covid-19.

Keputusan itu sekali gus menepis spekulasi kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) Melaka berdepan keadaan tidak menentu susulan apa yang berlaku di Perak, baru-baru ini.

Seramai 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menangkat tangan tanda bersetuju, manakala 11 lagi ADUN mengambil sikap berkecuali ketika sesi undian melibatkan kesemua 28 orang yang dilaksanakan hari ini.

Belanjawan bertemakan ‘Melaka Rumahku: Merangka Ekonomi, Membahagiakan Rakyat, Menggamit Dunia’ itu dibentangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, semalam.

Sejak 2005, kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Negeri 2021 berjumlah RM445.86 juta dengan hasil negeri dianggarkan RM445.96 juta selain mencatatkan lebihan kali ke-17 berturut-turut.

Semalam, Sulaiman mencadangkan pemotongan gaji beliau bersama-sama sembilan barisan Exco sebanyak 10 peratus selama 12 bulan sehingga Disember 2021 untuk disalurkan ke dalam Tabung Bencana Negeri Melaka.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Melaka, Adly Zahari menggariskan dua perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan negeri dalam belanjawan itu, iaitu peningkatan nilai belanjawan dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan dari sudut peningkatan ekonomi.

Beliau berkata, pembentangan belanjawan tersebut tidak digambarkan dalam bentuk ekonomi, meskipun nilainya meningkat 14.25 peratus berbanding tahun lalu.

“Bajet selalu dikaitkan dengan peningkatan ekonomi, tetapi bajet yang dibentangkan itu tidak cukup untuk menggambarkannya. Jadi, saya harap ia perlu diberi perhatian.

“Selain itu, diharapkan kerajaan dapat menjelaskan secara terperinci berapa banyak sumbangan yang diperoleh rakyat negeri ini merangkumi peruntukan dalam sektor kebajikan, pendudukan, keusahawanan dan keperluan-keperluan lain untuk rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya