IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam undi usul percaya terhadap beliau hari ini.
Dalam undian 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.
Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru daripada UMNO, Abd. Manaf Hashim.
Pada awalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak dalam persidangan DUN yang bermula hari ini.
Bagaimanapun, dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid. – UTUSAN