Adham Baba jalani kuarantin di rumah - Utusan Malaysia

Adham Baba jalani kuarantin di rumah

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba diperintahkan menjalani kuarantin di rumah kerana didapati menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Beliau memberitahu, penilaian risiko Kementerian Kesihatan mendapati pesakit Covid-19 itu adalah seorang petugas media yang hadir ke pejabatnya pada Sabtu lalu dan didapati positif serta bergejala.

“Saya diperintahkan menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di rumah (HSO) sehingga 18 Disember ini.

“Sehingga tamat perintah HSO, saya bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Adham berkata, sesiapa pun tidak terkecuali dari mematuhi sebarang perintah pihak berkuasa apatah lagi melibatkan langkah pencegahan atau rawatan Covid-19.

Justeru, beliau meminta setiap rakyat dapat memainkan peranan dalam menangani dan melawan Covid-19.

“Mohon doakan semuanya selamat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN