Wolverhampton aibkan Arsenal - Utusan Malaysia

Wolverhampton aibkan Arsenal

PEMAIN tengah Wolverhampton, Daniel Podence (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Adama Traore dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Stadium Emirates, London pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Wolverhampton bangkit daripada kehilangan khidmat penjaring terbanyak, Raul Jimenez yang cedera di kepala untuk mengejutkan Arsenal 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi, iaitu kekalahan ketiga berturut-turut buat Gunners di tempat sendiri.

Pemain Mexico itu diberikan rawatan  selama 10 minit selepas bertembung dengan David Luiz sebelum diusung keluar dari padang.

Luiz meneruskan perlawanan dengan kepala berbalut  sehingga tamat separuh masa pertama sebelum digantikan oleh Rob Holding.

Pedro Neto dan Daniel Podence masing-masing meledak gol buat pasukan pelawat untuk memberikan kemenangan pertama mereka di Arsenal dalam tempoh 41 tahun.

 

PERTAHANAN Arsenal, David Luiz (kiri) dan penyerang Wolverhampton, Raul Jimenez terbaring selepas bertembung ketika beraksi dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London pagi tadi. – AFP

Jimenez dilaporkan sedar di hospital dan menerima rawatan rapi.

Sementara itu, pengurus Arsenal Mikel Arteta menegaskan, dia tidak bimbang mengenai masa depannya ekoran  kekalahan terbaru yang memberi permulaan terburuk buat Arsenal sejak 1981.

Gunners kini menduduki tangga ke-14 selepas mencatat lima kekalahan daripada 10 perlawanan.

“Sebaik sahaja saya ambil keputusan untuk menjadi jurulatih, saya tahu satu hari nanti pemecatan atau perlu meninggalkan pasukan akan berlaku dalam bola sepak. Tetapi saya tidak tahu bila ia akan berlaku.

“Dalam profesion ini, saya tahu ia akan berlaku tetapi saya tidak risau mengenainya.

“Keutamaan saya adalah untuk memberikan yang terbaik kepada pemain dan kelab,” katanya.  – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya