KUALA LUMPUR: Pemotongan gaji menteri sebanyak 30 peratus wajar bagi membantu kerajaan menangani cabaran dalam pelbagai aspek ketika penularan Covid-19.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, menteri-menteri tidak akan kebuluran jika pemotongan tersebut dilaksanakan.
Katanya, langkah lain yang boleh diambil termasuklah pemotongan gaji 10 peratus sebagaimana yang beliau lakukan sebelum ini.
“Dalam zaman Covid-19, saya tak fikir menteri akan kebuluran kerana dikurangkan gaji 30 peratus. Sebaliknya terdapat ramai yang tidak ada pendapatan sama sekali kerana tidak bekerja atau berniaga lagi.
“Dan bagi mereka keluarga akan turut menderita. Mungkin tidak 30 peratus. Mungkin hanya 10 peratus,” katanya dalam ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini .-UTUSAN