Air naik 3.5 meter fenomena air pasang hari kedua - Utusan Malaysia

Air naik 3.5 meter fenomena air pasang hari kedua

FENOMENA air pasang di sekitar perairan Johor menyebabkan air melimpah sekitar bandar Pontian. -IHSAN APM PONTIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Fenomena air pasang besar hari kedua di perairan daerah ini menyebabkan beberapa lokasi dinaiki air setinggi 3.5 meter.

Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan, air pasang penuh berlaku pada pukul 11.23 pagi namun surut sepenuhnya pada 6 petang.

Tiada pusat pemindahan mangsa banjir dibuka memandangkan keadaan limpahan air laut masih terkawal dan tidak berbahaya.

“Namun keadaan mulai surut sepenuhnya pada lewat petang dengan situasi baik dan terkawal serta cuaca cerah.

“APM terlibat dalam pemantauan fenomena ini melibatkan dua jentera di lapan lokasi termasuk Taman Negara Tanjung Piai,” kata kenyataan itu.

Fenomena air pasang besar berlaku di beberapa bandar sekitar perairan Joho dijangka berakhir hujung minggu ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya