Tiga lelaki ditahan curi kabel elektrik - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan curi kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Kegiatan seorang peniaga barangan lusuh yang menjadi perancang utama mencuri kabel elektrik terbongkar selepas ditahan bersama dua lagi rakannya dalam dua serbuan berasingan oleh polis di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, lelaki berusia 33 tahun itu menjalankan perniagaan barang lusuh tanpa lesen ditahan di Taman Lobak, Lunas bersama seorang rakannya berusia 32 tahun kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Susulan itu, menurutnya, polis berjaya menahan seorang lagi rakan suspek di Taman Keranji di sini kira-kira pukul 1.30 pagi.

Katanya, ketiga-tiga suspek itu ditahan berikutan laporan polis yang dibuat oleh seorang kontraktor mengenai kehilangan kabel elektrik di sebuah kilang di Zon Industri Fasa 3 Hi-Tech di sini semalam.

“Lelaki berusia 40 tahun itu membuat laporan kehilangan kabel elektrik sepanjang 180 meter yang bernilai RM10,000 di Balai Polis Kulim Hi-Tech kira-kira pukul 9 pagi semalam,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan, suspek dan dua lagi rakannya melakukan jenayah mencuri kabel untuk mengambil aluminium dan tembaga sebelum dijual di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya