Sultan Selangor berkenan lakukan ujian saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

Sultan Selangor berkenan lakukan ujian saringan Covid-19

SULTAN Sharafuddin Idris Shah (tiga dari kanan) bersama Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melakukan ujian saringan Covid-19 7 Oktober lalu. - IHSAN SELANGOR ROYAL OFFICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melakukan ujian saringan Covid-19 pada 7 Oktober lalu.

Turut berkenan melakukan ujian saringan tersebut ialah Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Selangor Royal Office dalam kenyataannya berkata, ujian saringan itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga meskipun tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak dengan mana-mana individu berisiko.

Sultan Selangor turut menitahkan semua kakitangan di Pejabat Sultan Selangor yang bertugas di Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika di Shah Alam.

“Ujian saringan ini dilakukan berikutan kebimbangan Baginda terhadap jumlah kes baharu di beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang yang menunjukkan peningkatan mendadak. Lebih 100 kakitangan telah menjalani ujian saringan secara rawak Covid-19.

“Orang-orang Besar Istana juga hadir melakukan saringan berkenaan yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling diketuai Dr. Abdullah Shafie Muhamad bertempat di Istana Bukit Kayangan.

“Hasil ujian yang diperoleh pada keesokan harinya adalah negatif untuk ke semua sampel yang diperiksa,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN