Sheik Azhar Sheik Omar Ketua JSJN baru - Utusan Malaysia

Sheik Azhar Sheik Omar Ketua JSJN baru

SHEIK Azhar Sheik Omar (kiri) mengambil alih tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan yang baharu berkuat kuasa hari ini di IPK Kota Bharu, Kelantan. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar mengambil alih tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Mit Emong ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Majlis Serah Terima Tugas disaksikan Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat.

Sebelum ini kedua- dua pegawai terbabit masing- masing bertugas di JPJKK dan JSJN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Shafien dalam ucapannya percaya kedua-dua pegawainya dapat menjalankan tugas masing-masing

“Pegawai kita mempunyai pengalaman luas dalam menjalankan tugas berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya