Polis Kelantan keluar 812 kompaun gagal patuh SOP - Utusan Malaysia

Polis Kelantan keluar 812 kompaun gagal patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Sebanyak 812 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 dikuatkuasakan Mac lepas.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, 20 peratus daripada jumlah kompaun itu adalah melibatkan pengusaha premis perniagaan yang tidak patuh SOP. 

“Sepanjang bulan ini sahaja, sebanyak 212 kompaun dikeluarkan melibatkan kegagalan masyarakat memakai pelitup muka di kawasan awam atau ketika mengunjungi premis perniagaan. 

“Namun begitu,  angka itu semakin menunjukkan trend penurunan berdasarkan tahap kesedaran semasa masyarakat dalam mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan pertama ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini, hari ini. 

Menurut Shafien, setakat ini tahap pematuhan orang ramai di negeri ini terhadap SOP mencapai 90 peratus yang menunjukkan amalan norma baharu sudah diamalkan. 

“Anggota polis yang memantau pematuhan SOP ini juga telah diingatkan menjadi contoh dan teladan orang ramai. Selain mengeluarkan kompaun mereka juga perlu mendidik orang ramai. 

” Masyarakat seharus tidak leka dengan kelaziman menggunakan pelitup muka sebagai mematuhi arahan yang di keluarkan bagi memastikan rantaian pandemik Covid-19 dapat di putuskan sepenuhnya,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai persiapan banjir, beliau memaklumkan pihaknya telah siap sedia berdepan sebarang kemungkinan dalam tempoh terdekat.

Katanya, arahan telah dikeluarkan kepada semua IPD supaya persiapan rapi dapat di buat bagi memastikan anggotanya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

“Seramai 1,200 anggota polis pelbagai pangkat dijangka terlibat dengan fenomena banjir yang turut sama berdepan dengan pematuhan SOP yang masih berkuatkuasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya