Polis tangguh ambil keterangan Anwar - Utusan Malaysia

Polis tangguh ambil keterangan Anwar

HUZIR MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangguhkan janji temu untuk mengambil keterangan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung  penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis sepatunya memanggil  Anwar untuk diambil keterangan hari ini.

Siasatan tersebut dilakukan susulan pihak polis menerima tujuh laporan termasuk satu daripadanya dibuat oleh Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris pada Khamis lalu berhubung dakwaan yang tersebar luas dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Anwar sepatutnya hadir memberi kenyataan kira-kira pukul 11 pagi hari ini.

Namun, setiausaha sulit beliau memaklumkan Ahli Parlimen tersebut hanya dapat hadir kira-kira pukul 9 pagi esok.

“Justeru itu, PDRM telah menangguhkan janji temu tersebut sehingga satu tarikh yang dimaklumkan kelak dan kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Huzir menegaskan, orang ramai agar tidak gusar dengan penyebaran berita tersebut dan menasihatkan supaya pihak yang berkepentingan supaya tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.

“PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan berita palsu, tidak sahih dan mengelirukan orang ramai,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya