PGA rampas 1.9 kilogram ganja - Utusan Malaysia

PGA rampas 1.9 kilogram ganja

PGA menemukan ganja seberat 1.9 kilogram di Jalan Keselamatan berhampiran kawasan menara AB sempadan Padang Besar, Perlis kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas dua ketulan mampat ganja seberat 1.9 kilogram dianggarkan bernilai hampir RM5,000 di Jalan Keselamatan berhampiran menara AB sempadan Padang Besar di sini, kelmarin.

Bungkusan ganja dalam sebuah kotak itu ditemukan ketika anggota pasukan keselamatan melakukan rondaan kira-kira pukul 7 pagi.

Pegawai Pemerintah Medan Martak Batalion 1 PGA, Superintendan Abd. Aziz Abdullah berkata, barangan terlarang itu dipercayai cuba diseludup masuk dari Thailand ke negara ini.

Bagaimanapun katanya, selepas tujuh jam melakukan intipan, tidak ada individu yang datang mengambil bungkusan berkenaan di lokasi terbabit.

“Kotak berisi dua ketulan mampat ganja itu kemudian dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Abd. Aziz, kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya.

“Kita akan terus meningkatkan rondaan dan kawalan keselamatan bagi mengekang jenayah rentas sempadan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya