Gempar biawak masuk rumah - Utusan Malaysia

Gempar biawak masuk rumah

ANGGOTA bomba menangkap biawak yang masuk ke dalam rumah penduduk di Taman Silibin, Ipoh. - GAMBAR IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penghuni sebuah rumah di Taman Silibin di sini gempar apabila seekor biawak berkeliaran dalam kediaman mereka sebelum reptilia itu ditangkap sepasukan anggota bomba, semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Nor Azam Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk mengenai seekor biawak berkeliaran  dalam rumahnya pada 12.10 tengah hari, semalam dan sepasukan enam anggota dihantar ke kediaman berkenaan untuk menangkap haiwan tersebut.

Katanya, setibanya di lokasi, operasi menangkap biawak itu segera dijalankan sebelum menemuinya di belakang sofa.

Katanya, haiwan tersebut bertindak agresif dan berlindung di langsir rumah.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk menangkap biawak sepanjang satu meter itu sebelum melepaskan haiwan tersebut ke habitat asal.

“Operasi menangkap biawak berkenaan mengambil masa kira-kira lima minit,” katanya di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya