Empat terselamat kereta ditimpa pokok - Utusan Malaysia

Empat terselamat kereta ditimpa pokok

KERETYA Perodua Myvi yang ditimpa pokok tumbang dalam hujan lebat dan angin kencang di Sungai Petani, semalam. UTUSAN/NORLIDA AKMAR IDROS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Empat orang termasuk seorang bayi terselamat apabila kereta mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di kawasan sebuah pasar raya di Jalan Kampung Baru di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 itu, kesemua mangsa, Laili Shafiei, 57; Norfatihah Nizam, 26; Nur Azzahra Muhamad Izham, 3, dan bayi berusia 11 bulan, Faris Nazeem Supiandi tidak mengalami kecederaan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (AP) Azahar Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.30 petang.

“Kesemua mangsa dari Taman Arked di sini yang berada dalam kereta Perodua Myvi itu berjaya dibawa keluar tanpa kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, kata beliau, pihaknya menerima laporan berlaku lima kejadian pokok tumbang di daerah Kuala Muda akibat hujan lebat dan angin kencang petang kelmarin.

“Dua kejadian melibatkan pokok tumbang menimpa kereta manakala tiga lagi merentangi jalan antaranya di lampu isyarat Taman Malinja, Semeling dan Jalan Nuluri, Kampung Pulau Sayak,” ujarnya.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan di lokasi terlibat dilakukan bersama pasukan bomba dan penyelamat serta Tenaga Nasional Berhad. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya