GITARIS legenda yang juga dan pengasas bersama kumpulan legenda Van Hallen, Eddie Van Hallen meninggal dunia setelah sekian lama bertarung dengan barah tekak.
Barah itu dikatakan telah meresap ke seluruh anggota badannya termasuk otak.
Isterinya Janie dan anak mereka Wolfgang berada disisi ketika Eddie menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun
Eddie yang merupakan pengasas bersama kumpulan Van Halen yang popular pada tahun 1980-an telah berjuang dengan barah tekak selama lebih dari satu dekad.
Dia meninggal dunia di Hospital St. Johns di Santa Monica, California menurut TMZ.
“Saya tidak percaya saya harus menulis ini tetapi ayah saya, Edward Lodewijk Van Halen, telah tewas dalam pertempuran yang panjang dan sukar dengan barah pagi ini,” kata Wolfgang dalam satu tweet.
Dia menambah: ‘Dia adalah ayah terbaik yang tak mungkin boleh dapat di mana-mana. Setiap saat saya kongsi dengannya di atas atau di luar pentas adalah hadiah istimewa…. Hati saya hancur dan saya tidak fikir saya akan pulih sepenuhnya dari kehilangan ini. ‘ – TMZ