120 pengunjung Taman Rekreasi Bagan Ajam dikompaun RM1,000 - Utusan Malaysia

120 pengunjung Taman Rekreasi Bagan Ajam dikompaun RM1,000

NOORZAINY Mohd. Noor menjalankan pemantauan di kawasan R&R Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Keriangan seramai 120 pengunjung menghabiskan masa hujung minggu bersantai di lokasi rekreasi di kawasab Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini berakhir dengan kesemua mereka dikompaun sebanyak RM1,000.

Kesemua mereka dikenakan denda itu kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal bagi mencegah wabak Covid-19 selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi itu dijalankan selama kira-kira dua jam bermula pukul 6 petang semalam hingga 8 malam semalam.

Ujarnya, lokasi itu menjadi tumpuan orang ramai terutama pada hujung minggu menyebabkan ramai pengunjung leka dalam menjaga penjarakan fizikal selain tidak mengenakan pelitup muka.

Ekoran itu juga, ujar beliau, kawasan rekreasi berkenaan ditutup selama dua minggu bermula semalam atas saranan bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

“Bagaimanapun, kawasan R&R tetap beroperasi seperti biasa dan peniaga didapati mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini malam tadi. 

Dalam pada itu, Noorzainy mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan ketika berada di kawasan awam terutama memastikan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka bagi mengelak dikenakan tindakan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya